Siakap Keli

“Kawan-Kawan Kata Saya Rupa Ozil,” Siapa Sebenarnya Atlet Mirip Bruno Ini Hingga Jadi ‘Buah Mulut’ Netizen?

Semalam agak hangat di media sosial apabila ada seorang atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 rupanya seakan-akan pemain manchester United, Bruno Fernandez.

Siapa sebenarnya beliau? Meh SK kongsikan serba sedikit siapa atlet dari Tunisia ini. Nama sebenar beliau adalah Mohamed Khalil Jendoubi yang berasal dari Tunisia, berusia 19 tahun.

Beliau seorang atlet dalam acara Taekwando yang baru sahaja melakar sejarah memenangi pingat perak di temasya Olimpik Tokyo dalam kategori 58kg. Pada tahun 2018, beliau pernah memenangi pingat gangsa dalam temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 yang diadakan di Argentina.

Selepas menjuarai pingat perak di Olimpik Tokyo 2020, wartawan memberitahu bahawa ramai mengatakan mukanya seperti Bruno Fernandez dan dia menjawab “saya tidak mengenali siapa pemain itu, tetapi kawan-kawan saya kata saya serupa dengan Mesut Ozil.”

Hal ini tular di media sosial semalam dan sehingga hari ini netizen masih bercerita tentang rupa Khalil yang persis pemain bintang United itu.

Kredit: Football Tweet  / Sport Bible

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang