Siakap Keli
Gambar: Independent.co.uk

Kisah ‘Sedih’, Lelaki Sanggup Beli 99 iPhone Untuk Lamar Kekasih, Tapi Lamarannya Ditolak Setelah Berhabis Hampir RM300k

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai keluaran jenama telefon pintar yang telah dikeluarkan termasuklah iPhone. Telefon pintar ini tidak kira harga setinggi mana, ada yang sanggup jadikannya sebagai hadiah hari lahir, malah tidak kurang juga yang melamar kekasihnya dengan hanya menghadiahkan telefon pintar ini!

Begitulah kisah yang terjadi beberapa tahun sebelumnya, iaitu tahun 2014 apabila seorang pemuda Cina dari wilayah Guangzhou, China yang berusaha untuk menawan hati kekasihnya pada sambutan Single’s Day. 

The proposal seen from above (weibo)

Menurut portal Independent, lelaki ini ingin melamar wanita tersebut dengan menghabiskan dua tahun gajinya untuk membeli 99 buah iPhone 6s ketika itu. Walau bagaimanapun, lamaran itu tidak berjalan sesuai dengan perancangannya apabila wanita itu tidak menerimanya.

Peristiwa itu bermula apabila keseluruhan teknologi Apple berharga kira-kira £ 50,000 (RM291, 834) itu disusun mengikut bentuk hati di luar kawasan kerja mereka. Lelaki yang merupakan seorang ‘programmer‘ itu dilaporkan telah memegang sejambak bunga di hadapan kekasihnya sambil ditonton oleh orang ramai yang berkumpul di sekeliling pasangan tersebut.

A closer shot of the couple (weibo)

Malangnya, wanita tersebut dikatakan kurang tertarik dan menolak lamaran tersebut di hadapan rakan-rakan dan rakan sejawat. Kejadian itu tular dengan pantasnya di rangkaian media sosial, Weibo yang digunakan di negara China ketika itu.

A member of the crowd captures the unsuccessful proposal

Ada netizen yang mengesyorkan agar dijual semula telefon berjenama itu memandangkan ia menerima permintaan tinggi di pasaran ketika itu. Tidak kurang juga yang mengkritik usaha lelaki itu merupakan tindakan yang tidak masuk akal. Malah, satu artikel mengenainya telah dikeluarkan dengan tajuk, “Walaupun 99 buah iPhone, tidak cukup untuk memenangi hati seorang wanita“.

Menurut sumber, sambutan Single’s Day di China telah dicipta beberapa tahun yang lalu dan telah berkembang menjadi satu fenomena di seluruh dunia. Hari yang ditetapkan pada tarikh 11 November itu sering disebut sebagai ‘hari beli-belah secara dalam talian yang terbesar di dunia’ apabila berjuta-juta penduduk Cina yang bujang akan masuk ke laman web untuk membeli hadiah.

Sumber: Independent.co.uk, Thenanfang.com

Nurul Nabila