Siakap Keli
Foto: Jeppppp

“Sorry Anakku, Ayah Terpaksa Pakai Duit Raya Kamu Untuk Beli Susu Dan Lampin”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kebanyakan rakyat kini berdepan dengan situasi yang memeritkan dan mencabar sejak pandemik wabak Covid-19 di negara kita semakin mengganas. Ramai ibu bapa yang kehilangan kerja serta pendapatan untuk menanggung keluarga.

Hal ini menyebabkan ramai yang tertekan, perlukan duit untuk membeli keperluan asas di rumah terutamanya keperluan anak-anak yang masih kecil.

Seperti satu perkongsian daripada Twitter Jeppp mengatakkan dia terpaksa menggunakan duit simpanan raya anaknya untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

“Sorry anakku, ayah terpaksa pakai duit raya kamu untuk beli susu dan lampin… But no worries. Ada rezeki nanti ayah ganti ya.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi situasi yang sama berlaku pada mereka. Mereka juga terpaksa menggunakan wang simpanan anak-anak untuk membeli keperluan anak mereka. Tak kurang juga ada yang memberi kata-kata semangat antara satu sama lain.

Hari tu dah terpakai duit raya anak untuk beli lampin, belikan baju…”

“Semoga dipermudahkan urusan…”

“Keadaan memaksa, saya faham”

“Takpe nanti rezeki melimpah ruah boleh ganti balik…”

“Boleh dikatakan setiap bulan pinjam dulu”

 

Sumber: Jeppp

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang