Siakap Keli
Gambar: Youtube Pannonian Fit

(Video) “Saya Terpaksa Rahsiakan.., Maafkan Saya Malaysia,” Shaheizy Sam Kongsi Video Atlet Mirip Wajahnya

Beberapa hari yang lalu, tular beberapa foto dan video yang memaparkan atlet angkat berat di Olimpik Tokyo. Bagaikan pelanduk dua serupa, atlet tersebut dikatakan mempunyai wajah yang sangat mirip dengan selebriti Malaysia, Shaheizy Sam.

Memandangkan perkongsian video itu hangat diperkatakan oleh warganet, Sam turut mengambil kesempatan itu untuk memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dengan nada bergurau, Sam mengatakan bahawa dia terpaksa merahsiakan perbuatan itu daripada isterinya. Bagi lebih menghayati skrip ‘drama’ yang dicipta, dia turut menulis kapsyen permintaan maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah merentas negeri ketika PKP masih dijalankan sekarang ini.

Saya terpaksa rahsiakan pada awak @samtilla Maafkan saya MALAYSIA.
Takda sapa patut tau yang saya merentas negeri. MITI tak bagi surat..

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Untuk makluman semua, atlet yang dikatakan mirip dengan selebriti itu ialah seorang atlet angkat berat dari Uzbekistan iaitu Adkhamjon Ergashev. Lahir pada 12 Mac 1999, atlet ini menjadi antara ahli Olimpik muda yang pernah mengambil bahagian dalam acara angkat berat 67kg lelaki tahun 2019.

Foto: IG @Adkhamjon Ergashev
Foto: Youtube Pannonian Fit
Foto: Youtube Pannonian Fit
Foto: allsportspk.com

Sumber: @shaheizy_sam, olympics.com

Nurul Nabila