Siakap Keli
Hollywoodlife

Ada Negara ‘Kerajaan Langit’, 10 Negara Dengan Nama ‘Pelik’ Korang Tak Pernah Dengar Sertai Olimpik Tokyo

Sukan Olimpik adalah satu temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Acap kali, sukan Olimpik ini akan diadakan setiap musim panas.

Sukan Olimpik 2020 yang ditanguhkan selama setahun, akhirnya telah berlangsung membuka tirai pada 23 Julai lalu dan bakal berakhir pada 8 Ogos 2021 di Tokyo, Jepun. Walaupun kali ini tidak meriah seperti dulu, tetapi ia tetap dijalankan dengan penuh gilang-gemilang.

Difahamkan kali ini sebanyak 206 kontinjen dari seluruh dunia termasuk Malaysia, hari ini SK nak kongsikan beberapa nama negara  ‘pelik’ yang menyertai temasya sukan ini.

1. Benin

Benin pada dahulunya bernama Dahomey sebuah negara kecil di benua Afrika Barat. Negara ini merupakan sempadan antara Burkina Faso dan Nigeria di utara, Nigeria di timur, Togo di barat  dan Teluk Benin di selatan.

Benin merdeka pada 1 Ogos 1960 setelah memperoleh kemerdekaan dari Perancis. Negara ini mempunyai Presiden sebagai ketua negara. Negara ini juga mempunyai rakyat yang menganut pelbagai agama termasuklah Islam.

Mempunyai dua ibu kota

Negara ini mempunyai dua ibu kota iaitu di Porto-Novo sebagai ibu kota rasmi dan Cotonou yang merupakan ibu kota bandar pelabuhan terbesar di negara ini.

Negara ini mempunyai keluasan sekitar 114.763 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 11.5 juta pada tahun 2018. Sama seperti negara di benua Afrika yang lain, negara ini juga tergolong dalam senarai negara yang masih belum berkembang pesat.

2. Bhutan

Negara ini dikatakan sangat misteri dan indah yang terletak di sempadan negara India dan China. Boleh dikatakan, negara ini masih mengekalkan budaya dan kesenian negara tersebut.

Negara pertama di dunia untuk larangan merokok

Uniknya di Bhutan, penduduknya dilarang untuk merokok di khalayak yang ramai. Denda akan dikenakan serta merta kepada individu yang melanggar peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Bhutan juga merupakan negara yang kurang menghasilkan karbon-dioksida kerana mempunyai 72 peratus alam semula jadi iaitu masih mengekalkan hutan simpan.

Bagaimanapun, sistem perlancongan di negara ini adalah dikawal ketat. Hal ini demikian kerana, kerajaan Bhutan akan memastikan alam semulajadi tidak terancam oleh pelancongan. Para pelancong yang datang ke negara ini mesti mematuhi peraturan yang ditetapkab oleh kerajaan.

Rakyat paling bahagia dan gembira

Menarik bukan, negara ini tidak pernah mengabaikan rakyatnya yang miskin. Jika penduduk di Bhutan tiada tempat untuk berlindung, mereka hanya perlu bertemu dengan raja untuk diberikan sebidang tanah untuk membina rumah serta tanaman sebagai sumber makanan. Kini sudah jelas kenapa rakyat mereka lebih bahagia berbanding negara lain.

3. Eswatini

Rupanya negara Eswatini sebenarnya adalah negara Swaziland. Negara yang terletak di benua Afrika ini telah menggunakan nama Swaziland sejak 50 tahun lalu selepas kemerdekaan. Namun, pada April 2018 lalu, nama negara ini ditukar daripada Swati kepada Eswatini.

Banyak perkara diekspresikan melalui tarian

Tarian menjadi tunggak utama identiti mereka di negara tersebut. Setiap masyarakat di situ perlu turut serta dalam perayaan budaya ini.

Paling menarik tentang negara ini adalah Eswatini bersempadan dengan Taman Nasional Kruger, para pelancong boleh melihat secara dekat haiwan-haiwan besar seperti gajah, singa, kerbau dan badak di sekeliling mereka.

4. Cape Verde

Bercerita tentang negara Tanjung Verde atau Cape Verde ini, negara ini memiki pulau yang sangat indah. Sesiapa yang datang ke pulau ini, pasti akan jatuh cinta. Negara ini merupakan negara kecil yang terletak dalam benua Afrika.

Kepulauan yang tidak berpenghuni hingga abad ke-15

Penjajah Portugis mula menjajah pulau ini pada tahun 1456 dan mula mendirikan penempatan pertama di situ. Namun, Cape Verde memperoleh kemerdekaan pada tahun 1975. Sebab itu, bahasa pertuturan rasmi mereka adalah bahasa Portugis.

Negara ini paling terkenal dengan aktiviti sukan air. Aktiviti seperti selam skuba dan luncur air merupakan tarikan terbesar para pelancong yang ingin bercuti dan melakukan aktiviti seperti ini.

Untuk pengetahuan korang, Cape Verde ini mempunyai taraf hidup yang tinggi di Afrika barat, bukan itu sahaja sistem ekonomi dan perundangan mereka juga terjamin dan stabil.

5. Lesotho

Lesotho ini merupakan sebuah negara terpencil di Selatan Afrika kerana medannya yang dikelilingi oleh gunung-ganang. Walaupun hanya bersaiz 30,000 kilometer persegi, negara ini pernah menjadi ‘tuan rumah’ dalam beberapa keajaiban alam semula jadi dan budaya.

Negara ini digelar sebagai ‘kerajaan langit’

Kenapa negara ini digelar sebagasi ‘kerajaan langit’? Kerana status kedudukannya mempunyai titik terendah tertinggi iaitu pada 4,593 kaki atau 1,400m yang merupakan titik rendah di mana-mana negara di dunia.

Oleh kerana ketinggiannya, udara di negara ini sangat nyaman dan sejuk daripada negara yang terletak di garis lintang yang sama.

Mempunyai landasan udara yang paling menakutkan di dunia

The Matekane Air Strip merupakan satu landaran udara yang terletak di bahagian terpencil di Lesotho yang sering digunakan oleh doktor dan organisasi untuk pergi ke kawasan perkampungan di sana.

Keadaan landasan ini agak menakutkan kerana ia hanya mempunyai 400 meter panjang dan berakhir dengan kecuraman 1,600kaki. Oleh sebab itu, ia dianggap sebagai landasan paling menakutkan di dunia.

Kenal haiwan ini? Ya, Leosthosaurus dikatakan pernah mendiami Lesotho pada zaman Jurassic dahulu. Ia merupakan seekor dinosaur sejenis omnivor dan mmepunyai panjang kira-kira 6.6 kaki.

Apa yang paling menarik tentang negara ini lagi, sehinga hari ini masih ada masyarakat yang menjalani kehidupan di dalam gua. Pada dahulunya, gua ini dibina untuk orang Lesotho menyembunyikan diri daripada serangan Bosotho. Namun, hari ini ramai pelancong yang datang berkunjung ke gua tersebut.

6. Djibouti

Terletak di Tanduk Afrika, Djibouti adalah negara berdaulat dengan penduduk sekitar 884,017 penduduk. Somalia dan Afar adalah dua kumpulan etnik terbesar yang hidup di negara ini masing-masing berjumlah kira-kira 60% dan 35% penduduk negara.

Majoriti penduduk beragama Islam

Negara ini merupakan negara no 3 paling kecil selepas Eswatini (kedua terkecil) dan Gambia (terkecil). Paling uniknya, majoriti penduduknya beragama Islam dan selebih hanya beragama Kristian. Mereka menggunakan bahasa Arab, Perancis dan Somalia sebagai bahasa rasmi negara.

Kaya dengan rempah ratus

Perbezanya dengan negara lain, Djibouti kaya dengan rempah ratus kerana negara ini banyak pengaruh daripada negara Somalia, Yaman, Perancis, Afar dan India. Rempah ratus seperti kulit kayu manis dan safron adalah bahan paling penting dalam masakan mereka.

Hidangan bijirin, produk tenusu dan daging adalah makanan utama. Di bandar-bandar, barangan makanan lebih pelbagai. Ikan panggang yang disediakan di tandoor (ketuhar tradisional) dianggap sebagai makanan istimewa.

Kaya dengan sastera

Walaupun Djibouti mempunyai sedikit kesusasteraan bertulis yang kreatif, negara ini mempunyai tradisi sastera yang kaya. Masyarakat pastoral komuniti Somalia dan Afar mempunyai tradisi puisi lisan yang baik yang merangkumi puisi tentang peperangan, kepahlawanan, pengembaraan, dan lain-lain. Cerita dan legenda juga telah disampaikan melalui generasi melalui mulut ke mulut.

7. Cook Island

Korang mesti ketawa kecil kan dengar nama ‘aneh’ negara ini kan? Ya, Cook Island ini meruapakan salah satu negara yang mempunyai pemerintah tersendiri dan bersekutu dengan negara New Zealand.

Ia terletak di lautan pasifik dan terdiri daripada 15 buah pulau kecil. Walaupun mempunyai pemerintah sendiri, namun negara ini menjadi tanggungjawab New Zealand dan penduduknya adalah warga New Zealand.

Mempunyai bandar yang kecil tetapi sangat santai

Avarua merupakan ibu kota bagi Kepulaun Cook. Bandar kecil ini sangat santai kerana mempunyai suasana yang ‘mesra’. Walaupun kecil, pelbagai pusat ekonomi berada di situ.

Terkenal dengan pembuatan minyak wangi dari alam semulajadi

Ya, kalau korang nak tahu negara ini cukup terkenal dengan pembuatan minyak wangi daripada alam semulajadi jadi bunga tanpa bahan pengawet yang lain. Bukan itu sahaja, para pelancong boleh menikmati buah-buahan segar di sana.

Mempunyai pulau yang sangat bersih dan cantik

Para pelancong sering berkunjung di Aitutaki Lagoon kerana pulau kecil ini mempunyai air kebiru-hijauan. Sekali pergi mesti ‘jatuh cinta’. Aktiviti air seperti berkayak sangat sesuai dilakukan di sini.

8. Kiribati

Negara yang berjiran dengan Fiji ini memiliki tiga bahagian pulau iaitu Gilbert, Phoenix and Line Islands. Untuk pengetahuan korang, Kiribati merupakan negara paling terpencil di dunia kerana jika anda lihat pada Google Maps, kepulauan ini tidak dapat dilihat.

Tidak ramai mengunjungi tempat ini dan ia memberi peluang kepada pelancong meraih layanan istimewa. Mereka yang bertuah ke sini pasti tidak dapat melepaskan meneroka keindahan alam semula jadinya.

Mereka juga berpeluang melihat penari dengan skirt daun pandan, mendengar ketukan dram mengalunkan muzik tradisional.

9. Guyana

Negara kecil Guyana di Amerika Selatan adalah tempat yang penuh misteri yang menarik. Pelbagai landskap di negara ini, flora dan fauna yang kaya dan unik, dan pelbagai budaya menarik pelancong dari seluruh dunia.

Penduduk di Guyana menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka. Hal ini kerana, ia adalah satu-satunya bangsa di Amerika Selatan.

Mempunyai air terjun ‘tunggal’ terbesar dunia

Air Terjun Kaieteur di Guyana memegang gelaran sebagai “Air Terjun Tunggal Terbesar di Dunia” dengan jumlah air mengalir di atasnya. Air terjun ini setinggi 226 meter. Kadar aliran puratanya ialah 663 meter padu sesaat. Ia terletak di Sungai Potaro dan merupakan sebahagian daripada taman negara yang dipanggil Taman Negara Kaieteur.

‘Syurga’ para saintis

Bukan itu sahaja, negara ini memiliki hutan simpan yang paling penting tidak pernah diterokai oleh manusia. Bahkan, di hutan simpan tersebut menjadi ‘syurga’ para saintis melalukan kajian mereka.

Jambatan Demerara Harbour yang panjangnya 1,851 meter. Jambatan ini terletak di Sungai Demerara berhampiran Georgetown. Jambatan terapung terpanjang di dunia, Jambatan Berbice, juga terletak di negara ini. Ia sepanjang 1,571 meter.

10. Antigua dan Barbuda

Apa yang menarik tentang negara ini adalah memiliki dua nama yang berbeza. Antigua & Barbuda ini sebuah kepualaun yang terletak di timur laut Carribbean. Dalam bahasa Sepanyol, makna nama negara ini adalah ‘purba’ dan ‘berjanggut’.

Negara ini seperti ‘syurga’ buat mereka yang suka dengan keindahan alam semulajadi dan laut. Negara ini disinari dengan cahaya matahari yang sangat cantik.

Mempunyai hutan hujan kanopi terbesar dunia

Selain daripada menikmati keindahan di pantai, negara ini juga mempunyai akitviti lasak seperti zipline yang merentasi hutan hujan kanopi di negara tersebut. Akitiviti ini sangat menyeronokkan dan selamat untuk semua peringkat usia muda dan tua kerana pengunjung paling muda yang melakukan aktiviti ini berusia 4 tahun dan paling tua adalah 99 tahun.

Kaya dengan ‘superyachts’

Para pelancong berkesempatan menyewa superyachts ini untuk menikmati suasana moden dah mewah sambil berehat di bawah sinaran cahaya matahari. Bukan itu sahaja, di pelabuhan Marina ini meruapakan tempat untuk pasangan yang baru berkahwin berbulan madu.

 

Sumber rujukan: Idntimes, Brightside, liputan, Capeverde, History, Face2faceafrica, travel, hubhistory, Vacationidea

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.