Vaksin COVID-19 kini sedang giat diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi yang telah mendaftar di MySejahtera atau mana-mana pusat pendaftaran vaksin. Sehingga 26 Julai 2021, sebanyak 17, 839,476 vaksin telah diberikan melibatkan dos pertama dan kedua.
Antara vaksin yang ditawarkan di Malaysia adalah Sinovac dan Pzifer. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengambil tahu mengenai ciri-ciri bagi kedua-dua vaksin ini. Walaupun kedua-dua vaksin ini mempunyai perbezaan, tapi tujuan utama pengambilan vaksin adalah untuk memberi perlindungan kepada anda dan keluarga dari menjadi mangsa COVID-19.
Antara ciri-ciri bagi kedua-dua vaksin ini adalah seperti yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di laman Twitter.

Walaupun mempunyai perbezaan, namun tujuan utama pengambilan vaksin adalah untuk memberi perlindungan kepada anda dan keluarga anda dari menjadi mangsa COVID-19.
Sumber: @JKJAVMY