Siakap Keli
Gambar Via: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Pilu, Ibu Dan Bayi Enam Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Buah Kereta

Satu kemalangan jalan raya dilaporkan telah berlaku di Ladang CEP Simpang Renggam pada petang tadi dan menyebabkan dua kematian melibatkan seorang perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

Lebih memilukan, mangsa yang maut merupakan seorang ibu dan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan, lapor Kosmo.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di Facebook, kemalangan itu melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira dan sebuah kereta jenis Nissan Cefiro.

“Terdapat dua mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, terdapat dua orang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Nissan Cefiro dan seorang mangsa di dalam kereta Proton Wira.

Pasukan bomba telah menyelamatkan kesemua mangsa dengan menggunakan peralatan khas iaitu hydraulic cutter.

“Mangsa yang tersepit telah diserahkan kepada pihak Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Kosmo

Sofea

There's always another side to every story