Dua hari berturut-turut negara mencatatkan kes kematian COVID-19 sebanyak 207 kes.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter KKM yang menyaksikan jumlah kes kematian setakat ini adalah 8,408.
Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula terus meningkat ke angka tertinggi dengan 1,023 orang. Dalam jumlah itu, 524 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dua hari berturut-turut 207 kes kematian akibat jangkitan #COVID19.
Jumlah pesakit di ICU pula terus meningkat ke angka tertinggi, 1,023 orang termasuk 524 memerlukan bantuan alat pernafasan.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 27, 2021
Maklumat lanjut bakal menyusul.
Status Terkini #COVID19, 27 Julai 2021
Kes sembuh= 11,526
Jumlah kes sembuh= 865,439
Kes baharu positif= 16,117 (26 import)
Jumlah positif= 1,044,071
Kes kematian= 207
Jumlah kes kematian= 8,408
Kes dirawat di ICU= 1,023
Bantuan alat pernafasan= 524 pic.twitter.com/aYYG9OguZf— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 27, 2021
Sumber: KKMalaysia