Sebanyak 16,117 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, melonjak dari semalam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1, 044, 071 kes dilaporkan di negara setakat Selasa (27 Julai 2021), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 6,616 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,457 kes, Kedah 1,000 kes, Johor 907 dan lain-lain lagi.
Hanya dua negeri iaitu Labuan dan Perlis yang mencatatkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 11 dan dua.
#COVID19 Terkini. 27 Julai. Kes baharu hari ini 16,117.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 27, 2021
#COVID19 Pecahan kes baharu mengikut negeri, 27 Julai.
Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor melaporkan kes tertinggi. pic.twitter.com/QW9lNOl5Ps
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 27, 2021
Sumber: KKM