Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin di laman Twitter, beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 356,112 individu menerima dos pertama dan 197,759 lagi lengkap dos kedua.
Jumlah pemberian vaksin COVID-19 harian tertinggi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Feb 2021 adalah pada Isnin lepas dengan sebanyak 521,923 dos suntikan.
Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,393,347 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,487,441 dos pertama dan 5,905,906 dos kedua.
— BERNAMA