Siakap Keli

“Filem Terpaling Sedih,” Selepas 20 Tahun, Ini Wajah Terkini Barisan Pelakon Kabhi Kushi Kabhie Gham

Bila sebut je pasal filem Hindustan, pasti korang semua ada banyak filem Hindustan yang menjadi kegemaran korang kan? Boleh dikatakan filem hindustan di Malaysia ini betul-betul dekat dengan hati kita semua. Ada yang suka lagu-lagu hindustan, ada juga yang sampai menangis tonton filem hindustan yang sedih.

Dan bila kita sebut filem yang bertajuk Kabhi Kushi Kabhie Gham, pasti semua akan ingat dengan lakonan hebat Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan dan Hrithik Roshan yang dalam usaha menyelesaikan konflik keluarga mereka. Kita imbas sedikit sinopsis antara filem paling berjaya di Bollywood ini.

Kabhi Kushi Kabhie Gham mengisahkan sebuah keluarga hartawan Yashvardan (Amitabh Bachan) yang pada mulanya hidup bahagia seperti biasa. Yash sangat mementingkan pangkat dan darjat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan jodoh anaknya, Rahul (Shah Rukh Khan). Yash sudah ada pilihannya sendiri iaitu Naina (Rani Mukerji) yang juga dari keluarga berada. Tapi Rahul sudah jatuh cinta dengan Anjali (Kajol) iaitu anak kepada orang gaji Yash.

Rahul menyatakan hasrat untuk mengahwini Anjali tapi tidak dipersetujui oleh Ayahnya. Akhirnya mereka berkahwin secara senyap dan selepas itu barulah Rahul memaklumkan kepada Yash bahawa mereka sudah berkahwin. Yash sangat marah dan mengaku Rahul bukan anaknya lagi. Rahul dihalau dari rumah dan berhirah ke London.

Selepas Rohan (Hrithik Roshan) habis sekolah, dia akhirnya tahu cerita sebenar mengapa abangnya pergi jauh dari keluarganya. Rohan dapat tahu bahawa abangnya berada di London dan Rohan meminta kepada ayahnya untuk menyambung pelajaran di London dengan alasan mengikut tradisi keluarga kerana semua keturunan mereka melanjutkan pelajaran di London. Rohan sebenarnya memasang niat untuk menyatukan semula keluarganya

Filem ini ditayangkan pada 14 Disember 2001 dengan durasi lebih 3 jam. Filem ini diterbitkan dengan bajet keseluruhan mencecah INR 400 juta (RM22.7 juta) dan jumlah kutipan filem ini untuk tayangan seluruh dunia mencecah INR 1.36 billion (RM77.4 juta). Menjadikan filem ini antara paling mendapat sambutan di seluruh dunia dan berjaya meraih anugerah-anugerah filem.

Selepas 20 tahun, dari 2001 sehingga 2021 SK nak kongsikan wajah terkini pelakon-pelakon utama filem Kabhi Kushi Kabhie Gham ini. Mungkin korang dah lama tak tengok muka diorang.

Filem ini memang dibarisi pelakon-pelakon hebat dari Bollywood sehingga kita mengalirkan air mata ketika menonton. Mungkin anda boleh kongsikan filem hindustan kegemaran korang yang masih korang ingat sampai ke hari ini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)