Seorang nelayan Rusia dilaporkan telah menemui koleksi terbaru mengenai makhluk laut yang menyerupai ikan ganjil dari kedalaman lautan, lapor Daily Mail.
Menurut portal berkenaan, Roman Fedortsov yang berpusat di Murmansk itu telah menemui pelbagai makhluk laut yang kelihatan pelik. Dia sangat kagum dengan beberapa makhluk yang dipancing dari zon ‘senja lautan’ sehingga dia mulat memotretnya, dan telah menjadi sensasi di dalam internet.
Antara yang ditemuinya ialah seekor ikan yang ganjil dengan matanya yang membulat.

Selain itu, terdapat banyak lagi jenis ikan yang ganjil telah ditemui oleh nelayan ini. Tambahan terbaru ‘koleksinya’ juga memaparkan ikan seakan berkepala alien dan satu lagi melihatkan tentakel pelik yang menonjol dari mulutnya.
Walaupun terdapat banyak komen yang diterimanya, dia mengatakan bahawa dia menganggap bahawa semua ikan itu menarik dan tidak bersetuju dengan pendapat orang bahawa ianya adalah ‘raksasa jelek’.
Dengan cara mereka tersendiri, semua makhluk ini indah.
Dia yang kebiasaannya memancing di Laut Barents juga turut mengunjungi ke tempat lain termasuklah Lautan Atlantik. Berikut merupakan antara koleksi makhluk pelik yang ditemui di dalam lautan.




Sumber: Daily Mail