Seorang wanita muda terpaksa menghabiskan lebih dari tiga hari terkunci di dalam kotak gentian kaca di bawah tanah ketika dia didakwa diculik untuk mendapatkan wang tebusan dari ayahnya yang kaya dengan hartanah, lapor Daily Star.
Pelajar universiti berprestij di Atlanta, Georgia itu merupakan seorang gadis yang popular dengan perwatakan serta penampilannya. Bapanya merupakan seorang yang berstatus kaya yang membeli dan mengembangkan sebidang tanah di Florida sebelum ianya menjadi tumpuan.

Kisah ini berkisarkan sekitar akhir tahun 60-an bermula pada 17 Disember 1968 apabila suspek dilaporkan datang berpakaian polis dengan mendakwa bahaya rakan mereka telah terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pertolongan.
Seperti yang diceritakan yourtango, ibu gadis berkenaan membiarkan mereka masuk sebelum mereka diserang. Ibunya telah diikat dan dibiarkan di rumah sementara gadis berusia 20 tahun itu dipaksa memasuki sebuah kereta.
Bermula dari detik itu, mangsa telah diculik dan dibawa ke lokasi di luar bandar yang jauhnya 20 batu dari rumahnya. Ketika tiba pada destinasi tersebut, mangsa telah diletakkan dalam kotak plastik yang dikuatkan dengan gentian kaca yang dilengkapi dengan tabung pernafasan, makanan, dan juga lampu kecil.
Tambah sumber, mangsa telah ditanam hidup-hidup dalam kotak berkenaan dengan kedalaman 2 kaki di dalam tanah.

Saya menjerit-jerit, bunyi tanah semakin jauh, akhirnya saya tidak dapat mendengar apa-apa di atas. Saya menjerit lama selepas itu, tulisnya di dalam buku 83 Hour ‘Til Dawn.
Walaupun dilayan dengan ‘baik’, penculik dilaporkan hanya mahukan wang tebusan sebanyak $3.5 juta (RM14,810,250) daripada bapa gadis tersebut. Bapa gadis tersebut telah bersetuju dengan tawaran tersebut dan lokasi ‘pertukaran’ itupun diatur.
Walau bagaimanapun, penculik tersebut telah melarikan diri dengan berjalan kaki ketika polis tiba di tempat yang diaturkan, lapor Daily Star. Pun begitu, maklumat penting dalam kes tersebut ditinggalkan di dalam kereta yang digunakan mereka.
Tidak tamat di situ, percubaan seterusnya berjalan lancar apabila penculik itu berjaya menerima wang. Namun, suspek sekali lagi melarikan diri bersama wang dan tidak mendedahkan keberadaan gadis malang tersebut.
Polis telah melakukan ujian cap jari pada kenderaan yang ditinggalkan dan berjaya menemukan petunjuk bahawa suspek sebenarnya tahan yang dilaporkan berjaya melepaskan diri.
Pencarian gadis tersebut yang melibatkan 200 pegawai bermula dan akhirnya gadis itu berjaya ditemui selepas tiga hari. Secara ajaibnya, dia dilaporkan tidak cedera namun mengalami dehidrasi. Walau bagaimanapun, dia tidak mengalami kelaparan atau penyakit lain.
Akhirnya salah seorang suspek berjaya di tangkap di Florida beberapa hari kemudian sebelum seorang lagi dikesan 79 hari kemudian di Oklahoma.
Kisah mangsa juga turut diceritakan melalui buku ’83 Hours ’til Dawn’ dan turut disiarkan menerusi filem pada 1990.
Sumber: Daily Star