Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

Orang Ramai Diminta Berwaspada, Ada ‘Scammer’ Minta Sumbangan Palsu Guna Gambar Lama

Akhir-akhir ini, hebahan dan gambar aktivis masyarakat, Natipah Abu yang memerlukan kos pembedahan untuk seorang kanak-kanak kembali tular di media sosial.

Namun difahamkan, hebahan itu adalah maklumat palsu yang dibuat oleh scammer dan gambar yang tertera adalah gambar lama. Malah kanak-kanak itu juga dilaporkan telah pun sembuh.

“Kebelakangan ini, gambar Kak Pah dan pakar kanak-kanak Dr. Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi bersama Adik Ammar kembali ditularkan oleh scammer dengan berleluasanya.

“Laporan polis telah dibuat dan laporan kepada pihak bank juga telah dibuat tetapi masih belum ada perkembangan. Adik Ammar pun telah sembuh setelah menjalani pembedahan lebih setahun yang lalu,” katanya di Facebook hari ini.

Gambar: Natipah Abu

Hakikatnya, gambar yang tertera itu adalah gambar lama Natipah semasa beliau bersama Dr. Zaqrul mencari dana awam bagi mencukupkan kos pembedahan kanak-kanak terbabit di Hospital MSU dengan menggunakan akuan amanah Hospital Wakaf Kasih.

Difahamkan, turut serta dalam urusan mencari dana untuk Adik Ammar ketika itu ialah pendakwah bebas yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.

Justeru, orang awam diminta untuk berwaspada sekiranya terjumpa hebahan palsu tersebut oleh pihak scammer di mana-mana saluran media sosial.

“Jika ada yang ternampak posting ini di mana-mana group, sila tinggalkan komen bahawa ianya scammer untuk mengelakkan masyarakat di luar sana tertipu. Terima kasih,” tambahnya.

Gambar: Natipah Abu

Sumber: Natipah Abu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'