Siakap Keli

“Tak Ada ‘Side Effect’ Pun..,” Ibu Hamil Seronok Dah Terima Vaksin Di Sunway Pyramid Convention Centre

Kementerian Kesihatan Malaysia dah luluskan untuk wanita mengandung mengambil vaksin dengan beberapa syarat yang harus dipatuhi. Antara syaratnya adalah usia kandungannya mestilah diantara 14 hingga 33 minggu kehamilan.

Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) menjadi badan swasta pertama yang ke hadapan untuk membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega dan berskala besar dan boleh memberikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 1.8 juta penduduk daerah Petaling. Antara fokus utama PPV Mega SPCC ini adalah memberikan vaksin kepada ibu hamil di sekitar lembah Klang.

Puan Eda antara ibu mengandung yang telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin jenis Cormirnaty keluaran Pfizer. Ketika dihubungi SK, Puan Eda berkongsi pengalaman ketika menerima temujanji vaksinhanya ambil masa kurang dari satu jam untuk melengkapkan semua proses vaksinasi di SPCC.

Pada 18 Julai 2021, Puan Eda juga sudah menerima suntikan dos kedua Cormirnaty keluaran Pfizer dan tetap tidak mengalami sebarang gejala selepas suntikan vaksin. Menerima dos kedua di SPCC juga perjalanannya lancar dan tiada apa-apa masalah. Semua petugas memberi kerjasama yang baik. Masih selesa dan bersih sama macam beliau menerima dos pertama. Pada mulanya, nak ambik vaksin ni risau juga sebab perlu pergi ke tempat yang sesak, tapi lepas sampai di SPCC tempatnya sangat cantik dan luas. Pengudaraan dalam SPCC juga sangat baik. Jadi, kepada ibu mengandung terutamanya tak perlu risau untuk mendapatkan vaksin di SPCC. Semuanya dalam keadaan sangat baik dan tersusun.

Figure 1 Kredit: Edaasoonan

 

Puan Eda berulang kali memuji petugas-petugas di PPV SPCC yang sangat ramah dan menyenangkan urusan semua pengambil vaksin pada masa itu. Walaupun ramai orang, tapi semuanya tersusun, lancar dan selesa.

“Ambil vaksin kat SPCC sangat lancar & selesa..tak sampai satu jam semuanya settle. Walaupun ramai orang, tapi semuanya tersusun.” Ujar Puan Eda. Beliau ditemani suami tercinta dan sempat mengambil sedikit masa bergambar di sudut khas yang disediakan untuk bergambar. Beliau juga menyatakan tiada kesan sampingan yang dialami lepas divaksin.

 

Figure 2 Edasoonan

Figure 3 Edasoonan

Kalau korang bakal menerima vaksin di SPCC, tak perlu risau tentang parking. Sunway menyediakan parking percuma.

  • Muat turun aplikasi Pals for life
  • Klik “Smart Parking”
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan kod diskaun yang akan disediakan selepas selesai vaksinasi.
  • Sahkan pembayaran.

Pintu masuk utama SPCC terletak di CP3 dan parking yang terdekat adalah daripada CP2 hingga CP7. Jika ahli keluarga anda memerlukan perkhidmatan kerusi roda, anda boleh turunkan dahulu di depan pintu masuk utama di CP3 dan parking kereta anda di parkir “Wheelchair-Friendly” yang terletak di

  • Red Zone – GF
  • Blue Zone – CP2, CP3, CP4
  • Green Zone – CP2, CP3, CP4, LG2 (Upper)

Pada umat Islam yang ingin menunaikan solat selepas atau sebelum proses vaksinasi bermula, anda boleh menggunakan surau yang selesa di SPCC yang terletak di CP4. Jangan lupa untuk bawa sejadah sendiri untuk mematuhi SOP. Wi-Fi percuma juga disediakan di SPCC. Sambungkan telefon anda dengan Wi-Fi Sunway Pyramid Cares. Tiada kata laluan diperlukan.

Kini, Sunmed Convention Centre dan SPCC sudah mula meningkatkan pemberian vaksin kepada 6,000 sehari. Sejak Julai 2021, Sunway Specialist Centre Damansara dan Sunway Medical Centre Velocity telah mula beroperasi sebagai PPV. Sunway juga sedang melihat beberapa cara untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Ipoh, Pulau Pinang dan Johor.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.