Siakap Keli

TERKINI: Kes Harian Covid Melonjak Ke Angka 17,405, Lima Negeri Terus Meningkat

Sebanyak 17,405 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini, melonjak berbanding semalam iaitu sebanyak 6,117 kes.

Ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,061,476 kes dilaporkan di negara setakat Rabu (28 Julai 2021), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 7,171 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,880 kes, Kedah 1,112 kes, Sabah 913 kes, Negeri Sembilan 863 kes dan lain-lain lagi.

Hanya tiga negeri iaitu Perlis, Putrajaya dan Labuan yang mencatatkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 3, 68 dan 16 kes.

Sumber: KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.