Siakap Keli

Orang Lain ‘Enjoy’, Dia Sibuk Bekerja, Remaja Buktikan Mampu Berjaya, Dapat Bagi Duit Untuk Mak Ayah

Bukan senang nak kaya. Kena ada keazaman dan kesungguhan yang tinggi. Salah satu ciri persamaan orang yang berjaya ialah mereka tak pernah berputus asa. Misalnya remaja bernama Hadi ini.

Apa je yang tak dijualnya sejak zaman sekolah menengah. Daripada ramen, roti sosej, makanan ringan hinggalah belon air di taman permainan, semua dijualnya demi nak cari pendapatan sendiri.

Hadi juga pernah bekerja di restoran makanan segera sebelum meneruskan langkahnya dalam perniagaan baju muslimah sehingga kini. Bayangkan, ketika kebanyakan rakan sebaya hanya tunggu duit belanja daripada mak ayah, remaja ini korbankan masa mudanya untuk bekerja keras mencari rezeki.

Jadi tak hairanlah, berkat usahanya atas izin Allah, remaja ini berjaya membuat jualan hampir RM1 juta pada 2020 ketika usianya baru menjejaki 18 tahun. Sekarang, dia boleh menarik nafas lega. Kebanyakan duit belanja sekolah diusahakannya sendiri tanpa harapkan ibu bapa. Malah, Hadi boleh konsisten lagi beri duit kepada ibu bapa dan keluarga.

Nampak senang? Tak juga. Lumrah jadi peniaga, Hadi juga tak terlepas dari berhadapan kerenah dan cacian pelanggan. Mujurlah ada sokongan kukuh daripada rakan sekerja dalam team Hasnuri, perniagaan pakaian yang diceburinya kini.

Bukan sekadar kawan biasa, hubungan mereka rapat dah macam keluarga. Siap baca Al-Quran dan doa bersama-sama setiap pagi.

“Setiap pagi kami akan adakan morning booster, macam bacaan Asmaul Husna, doa-doa, baca Al-Quran dan sorakan,” kata Hadi.

“Alhamdulillah, lepas jadi keluarga Hasnuri, saya dapat improve diri untuk jaga hubungan dengan Allah dan ada impian yang lebih jelas. Saya juga dapat konsisten beri duit kepada ibu bapa setiap bulan,” katanya.

Orang kata, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan dapat baunya sama. Mungkin itulah yang dimaksudkan Hadi ketika berpesan kepada para pembaca agar mencari circle yang positif dalam kehidupan.

Kongsi anak muda ini, rakan-rakannya juga kini ramai yang mampu mencapai jualan memberangsangkan. Ada team yang dapat capai jualan RM2.6 juta dalam masa 6 bulan, ada pula yang mampu konsisten berikan duit RM1,000 sebulan kepada ibu bapa.

Malah, ada antara mereka yang bermula sebagai dropship sahaja, tapi dapat mencecah jualan enam angka, iaitu RM250,000 sebulan. Semuanya hasil usaha berterusan, keazaman tinggi serta 5 prinsip orang yang berjaya yang diajarkan guru mereka di Hasnuri.

Tak ketinggalan, Hadi sempat berkongsi beberapa tips untuk sesiapa yang ingin menjadi usahawan sepertinya.

“Jaga hubungan dengan Allah. Rezeki akan datang jika Maha Pemberi Rezeki redha untuk memberi,” kata remaja itu.

Hadi turut berpesan untuk mencari ilmu dan guru yang betul ketika memulakan perniagaan.

“Ilmu yang betul lahir daripada guru yang betul. Ilmu akan tentukan tahap pendapatan kita,” ujarnya yang bercita-cita untuk membawa keluarga menunaikan umrah dan melahirkan 10 usahawan Hasnuri dengan jualan RM1 juta pada tahun ini.

Bimbingan percuma

Tak lokek dengan tips dan pengetahuan, Hadi ingin mengajak anda semua untuk sama-sama berguru dengan keluarga Hasnuri. Tak perlu keluar ribu-ribu, menerusi program bimbingan percuma Hasnuri BersamaMu, anda boleh belajar 31 topik berbeza setiap hari.

Founder Hasnuri, iaitu Tuan Hasbullah dan Puan Nuri akan ajar anda cara-cara menjana pendapatan RM1,000 hingga RM3,000 setiap bulan secara online hanya memerlukan telefon dan internet sahaja.

Perkongsian ilmu percuma di hujung jari ini akan diadakan sepanjang Julai pada jam 9 malam di platform Zoom. Antara ilmu yang anda akan pelajari ialah step by step skrip close sale di Whatsapp, strategi Up-sell, down-sell dan cross-sell serta ‘dosa besar’ sewaktu close sales. Menarik, kan? Baru tahu, rupanya masa close sale pun masih ada kesilapan yang kita berisiko buat. Nak tahu apa ‘dosa’nya? Kenalah join kelas Hasnuri BersamaMu tu nanti.

Bagi anda yang hadapi masalah kewangan sejak PKP ini, apa kata daftar program Hasnuri BersamaMu ini dan sertai group Telegram mereka untuk bimbingan percuma. Jom upgrade ilmu dan survive bisnes anda semasa lockdown dengan Hasnuri. Semoga berjaya!

Amira

Love yourself.