29 Julai 2021, Kuala Lumpur: Lapan daripada sepuluh ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk memilih pakaian sendiri sebagai salah satu cara untuk mengembangkan kreativiti mereka, demikian hasil tinjauan yang dikendalikan oleh Oxwhite.
Berdasarkan tinjauan menerusi media sosial dengan lebih 600 ibu bapa sebagai responden, lebih daripada 44% ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka memilih pakaian mereka sendiri pada usia 4-6 tahun. Ini diikuti oleh 1-3 tahun (23%), 7-9 tahun (20%), 10-12 tahun (10%), dan 13 tahun dan ke atas (3%).
Hasil tinjauan menunjukkan apabila berkaitan dengan kreativiti, ibu bapa di Malaysia berharap supaya anak-anak mereka akan mula mengembangkan daya kreativiti dan rasa ingin tahu pada peringkat awal usia. Sehubungan dengan itu, jenama tersebut melancarkan kempen #Ox-traordinary Kids, yang bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan perkembangan daya kreatif dan juga memberikan tips dalam memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak.
“Kreativiti ialah penggunaan imaginasi untuk mencipta. Membiarkan anak-anak memilih pakaian mereka sendiri adalah salah satu cara untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuka peluang untuk mereka meneroka dunia dengan penuh rasa ingin tahu. Aktiviti ini dapat melatih kemahiran berfikir kritis dan kemampuan mereka untuk mengatur diri sendiri,” kata Reena Clare, Psikoterapis Seni dari The Mind Faculty. Dia menambah lagi, bahawa ibu bapa boleh memperkenalkan dan mengembangkan daya kreativiti terhadap anak-anak dari kecil sehingga mereka dewasa.
Tinjauan ini juga mendapati bahawa 40% kanak-kanak menghabiskan 1-3 jam di atas talian setiap hari berdasarkan pemerhatian ibu bapa mereka. Juga dinyatakan bahawa 23% kanak-kanak bertumpu pada skrin selama 4-5 jam, 20% kurang dari 1 jam, dan 17% selama 6 jam ke atas.
Berdasarkan situasi sekarang, jenama gaya hidup e-dagang ini yakin bahawa ibu bapa akan terus memainkan peranan penting kerana anak-anak menghabiskan lebih banyak masa di rumah,meneruskan sesi pembelajaran dalam talian, bermain dan juga membesar.
“Disebabkan pandemik, anak-anak juga dalam proses menyesuaikan diri dengan norma baru dan mereka lebih celik perihal teknologi terkini. Dapat diperhatikan bahawa separuh daripada jumlah responden bersetuju bahawa perlunya anak mereka mempunyai keseimbangan yang baik antara aktiviti fizikal dan dalam talian.” kata CK Changr, Pengasas Oxwhite.
“Untuk membesarkan anak yang kreatif dan ada sifat ingin tahu, sekarang adalah masa yang terbaik bagi kita untuk melihat perkembangan kreatif anak-anak. Ibu bapa boleh melibatkan anak-anak mereka dalam pelbagai aktiviti seperti membuat patung dari adunan doh garam, lukisan kapur di lantai, membina mainan, dan sekali-sekali berikan peluang kepada mereka untuk mengetuai aktiviti tersebut,” kata Reena.
Sebagai sebahagian dari kempen, “Kami juga akan memperkenalkan Letting Kids be Kids, sebuah e-book panduan keibubapaan untuk kedua ibu bapa dan anak-anak yang merangkumi aktiviti interaktif seperti Cari Yang Tepat, Sambungkan Warna, dan Berapa Banyak Yang Anda Boleh Kira? Kami percaya melalui penglibatan ini, ia akan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, di samping membantu anak-anak mengembangkan daya kreativiti dan rasa ingin tahu, ”kata CK Changr. E-book ini terdapat di laman web Oxwhite dan boleh dimuat turut secara percuma oleh ibu bapa.
“Kami berharap dapat membantu ibu bapa diluar sana dalam meringankan beban mereka dalam memastikan pertumbuhan dan perkembangan peribadi anak-anak mereka secara sihat. Kami percaya tidak ada waktu yang lebih baik untuk memenuhi keperluan kedua ibu bapa dan anak-anak dalam memupuk dan mengembangkan kreativiti, ”kata CK Changr.
Bersempena dengan kempen tersebut, Oxwhite akan bekerjasama dengan The Mind Faculty, untuk mengadakan satu sesi Instagram Live di akaun Instagram rasmi Oxwhite, pada 7 Ogos 2021, jam 13:00. Sesi tersebut akan dihoskan oleh Rachel Tan, Ketua Perniagaan, Oxwhite dan Reena Clare, Psikoterapi Kanak-kanak, Fakulti Minda, akan berkongsi pandangan mengenai topik “Adakah anda akan membiarkan anak-anak anda menjadi kanak-kanak?”. Sesi interaktif itu bertujuan untuk mengetengahkan keperluan dalam mengembangkan daya kreativiti anak-anak. Para ibu bapa dijemput untuk turut serta dan berkongsi cabaran keibubapaan mereka.
Dalam pada masa yang sama, Oxwhite juga memperkenalkan koleksi kanak-kanak yang terbaru, bertemakan “100% Kids Basic” dengan keselesaan maksimum dan tanpa label. Koleksi ini akan tersedia di laman web rasmi dan juga boleh dapati di kedai rasmi Shopee dan Lazada.
Mulai sekarang hingga 8 Ogos, pelanggan Oxwhite berpeluang untuk menerima kejutan dalam bentuk baucar dari BookXcess bernilai RM5,000 serta tilam dan bantal foam dari Emma Mattress bernilai keseluruhan RM 5,378. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Ox-traordinary Kids Campaign, sila lawati www.oxwhite.com.