Siakap Keli
Gamar sekadar hiasan - Bernama

Awas, Ribut Petir Dijangka Membadai 4 Negeri Dan Satu Wilayah Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melibatkan beberapa negeri di Malaysia sehingga petang ini.

Dalam kemaskini terbaru, MetMalaysia menjangkakan fenomena tersebut akan berlaku di (4) empat negeri dan (1) satu wilayah melibatkan beberapa kawasan sehingga jam 2 petang ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 10.45 pagi tadi. Berikut di bawah merupakan senarai negeri dan kawasan yang terlibat:

  • Selangor: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat
  • Perak: Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim
  • Johor: Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat
  • WP Kuala Lumpur
  • Melaka

Sumber: MetMalaysia

"