Siakap Keli

MET Malaysia Nafi Berita Tular Tsunami Landa Perairan Sabah

Mesej tular dari sebuah laman sesawang yang mendakwa tsunami bakal ‘menghempas’ perairan Sabah ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Semenanjung Alaska kelmarin adalah tidak benar.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan media menafikan kejadian itu berlaku di Sabah di mana tempoh kejadian gempa bumi bermagnitud 7.5 pada skala Ritcher tersebut telah pun melebihi 12 jam dan tiada ombak tsunami dikesan sehingga kini.

Difahamkan, mesej tular berkenaan tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan amaran tsunami itu dikeluarkan daripada agensi luar negara.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa bumi dan tsunami.

Maklumat sahih gempa bumi dan tsunami terkini boleh didapati melalui laman sesawang METMalaysia di www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, media sosial METMalaysia serta talian 1-300-22-1638.

Sumber: METMalaysia 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.