Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

MySejahtera ‘Update’ Ciri Baharu, Perlu Baca & Isi Sebelum Hadir Ke Pusat Vaksin

Aplikasi MySejahtera telah mengemaskini ciri baharu di mana semua penerima vaksin dos pertama dikehendaki membaca dan mengisi borang persetujuan digital sebelum hadir ke pusat pemberian vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, bagi penerima yang sudah mendapat vaksinasi dos pertama dan telah menandantangani borang persetujuan secara manual, mereka tidak perlu lagi untuk mengisi borang digital ini.

BACA: Pengguna Kini Boleh Pilih & Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Secara Terus Dari Aplikasi MySejahtera

Jelas JKJAV, borang digital yang disediakan turut mempunyai terjemahan dalam pelbagai bahasa dan boleh diakses menerusi portal vaksincovid.gov.my/penerbitan.

Gambar: JKJAV

Berikut merupakan panduan bagi membaca dan menandatangani borang persetujuan digital di MySejahtera:

1. Klik pautan untuk melihat borang persetujuan digital pada profil vaksinasi anda.

2. Baca dan tanda maklumat kesihatan dengan betul. Kemudian sahkan maklumat anda.

3. Butiran janji temu anda akan dikemaskini dengan pengesahan.

4. Tunjuk butiran janji temu yang menyatakan “yes” di bahagian keberanan kepada penyuntik vaksin.

Gambar: JKJAV
Gambar: JKJAV

Sumber: Instragram JKJAV

"