Siakap Keli
Gambar: MySejahtera/BERNAMA

Pengguna Kini Boleh Pilih & Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Secara Terus Dari Aplikasi MySejahtera

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah mengemaskini aplikasi MySejahtera dengan menambah beberapa ciri-ciri baharu yang memudahkan pengguna.

Antara ciri baharu yang ditambah di dalam aplikasi itu adalah COVID-19 Self Test di mana pengguna boleh memilih dan membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang telah disahkan oleh pihak KKM secara terus melalui aplikasi ini.

BACA: MySejahtera ‘Update’ Ciri Baharu, Perlu Baca & Isi Sebelum Hadir Ke Pusat Vaksin

Terdapat 4 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu Salixium Covid-19, Gmate Covid-19 dan JusChek Covid-19.

Gambar: KKM
Gambar: MySejahtera

Pilih jenama kit ujian kendiri Covid-19 mengikut pilihan seperti yang tertera di MySejahtera. Seterusnya, pengguna akan dibawa ke pautan untuk melakukan pembelian.

Gambar: KKM
Gambar: MySejahtera
Gambar: MySejahtera

KKM turut menyeru orang ramai untuk menutup dan membuka semula aplikasi ini selepas mengemaskininya bagi mendapatkan paparan ciri-ciri baharu dengan lebih lancar.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

"