Siakap Keli

(Video) Pegang Perut Sebab Lapar, Gadis Baik Hati Belanja Warga Emas Seharian Tak Makan

Dalam setiap rezeki kita, sebahagiannya adalah milik orang lain. Justeru, kita sememangnya dianjurkan untuk sentiasa bersedekah dan membantu orang-orang yang memerlukan.

Sama seperti yang dilakukan oleh seorang gadis di Indonesia ini yang telah membantu seorang lelaki warga emas yang ditemuinya dalam keadaan lemah dan kelaparan.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh gadis tersebut di TikTok dengan menggunakan nama @yundasica, warga emas tersebut dilihat sedang berjalan dengan menggalas satu beg di belakangnya.

Setelah didekati, warga emas itu dilihat sedang memegang bahagian perutnya yang disyaki sakit kerana terlalu lapar.

@yundasica

♬ suara asli – Yunda Sica – Yunda Sica

Kasihan dan tidak sampai hati melihat kesakitan yang dialami oleh warga emas itu, Yunda telah mengajaknya ke sebuah restoran dan menyuruhnya memilih makanan yang diinginkan.

Kerana seharian menahan lapar, warga emas itu dilihat menikmati makanan itu dengan sangat berselera.

Ketika itu, Yunda ada bertanyakan beberapa soalan namun tidak dijawab oleh warga emas itu dan hanya memberi respon melalui pergerakan tangan. Rupa-rupanya dia menghadapi kelainan upaya iaitu bisu.

Difahamkan, warga emas itu tidak mempunyai rumah dan sering tidur di jalanan sehingga pernah dihalau oleh orang-orang yang lalu-lalang.

Melalui temubual bersama Tribun News, Yunda juga mengatakan bahawa warga emas itu bahkan membantu membersihkan masjid untuk mendapatkan makanan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan di TikTok.

Sumber: Tribun News, Yundasica

Sofea

There's always another side to every story