Siakap Keli
Gambar: Tiktok @abahbundle

(Video) ”Terima Kasih Support Abah..” Warga Emas Gigih Cari Rezeki Buat ‘Live’ Jual Baju Bundle

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peniaga terpaksa beralih kepada perniagaan atas talian demi mencari sumber pendapatan. Bagi yang tidak biasa, pastinya agak sukar untuk memasarkan produk atau barangan menggunakan medium online ini.

Antaranya seperti melakukan ‘live’ di media sosial seperti Tiktok dan Instagram (IG) yang kebanyakkan dikuasai oleh golongan muda untuk menarik perhatian pembeli. Namun, kegigihan seorang warga emas ini dalam mempromosikan perniagaan baju bundle miliknya harus diberikan pujian.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, warga emas itu yang dikenali sebagai ‘abah’ meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh warganet walau sedikit kecewa kerana sering berdepan dengan ‘joy buyer’ atau pelanggan yang sekadar ‘main-main’ untuk membeli.

Abah bersyukur mana yang ‘support’ abah..

Gambar: Tiktok @abahbundle
@abahbundle

packing order anak2 abah. alhamdulilah rezeki, bersyukur selalu. tq support abahhh

♬ original sound – 🌠𝕁𝕚𝕒𝕟𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟💯 – 🌠𝕁𝕚𝕒𝕟𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟💯

Abah jaga kualiti walau orang cakap abah jual baju bundle je..

Warga emas ini juga dilihat gigih membasuh dan menggosok semua baju bundle sebelum dijual kepada pelanggan.

Gambar: Tiktok @abahbundle
@abahbundle

Terima kasih yang tak henti sokong abah dari mula mula abah start LIVE sampai hari ini . Syukur alhamdulillah rezeki dariNya #bundle #fyp #fypシ #fy

♬ bunyi asal – mastura1997 – Rock 80an 90an

Warganet yang tersentuh melihat video berkenaan berpendapat pada usia sebegitu warga emas itu sepatutnya berehat. Rata-ratanya mendoakan agar ‘abah’ dimurahkan rezeki selalu dan berjaya dalam perniagaan baju bundle miliknya.

“Allahu menangis tengok… Semoga diberikan kesihatan yang baik…”

“Semoga abah dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah seperti air zam-zam…”

Terdapat juga warganet menasihati agar orang ramai tidak ‘bermain-main’ sekiranya mereka ingin membeli pakaian tersebut.

“Dah lock janganlah joy. penat seller buat live…”

“Kalau tak nak beli takyah main-main…”

Sumber: Tiktok @abahbundle

"