Siakap Keli
Gambar: Metro UK/Daily Mail

(Video) Unik, Kucing Comel Ini Dilahirkan Dengan Empat Telinga

Aslan, seekor kucing domestik kacukan‘shorthair’ dilahirkan dengan sepasang telinga tambahan. Keunikan itu membuatkan pemiliknya, Swati Komanduri, jatuh hati dan lebih menyayangi Aslan.

Difahamkan, Aslan yang berusia 1 tahun ditemui oleh wanita itu yang merupakan penganalisis kewangan dari Pennsylvania, Amerika Syarikat ketika dia bertugas sebagai sukarelawan bagi Animal Safe Haven and Adoptions.

Ketika Swati melihat Aslan, dia mengambil keputusan untuk membawa dan memberikan tempat perlindungan selamanya kepada anak kucing itu.

“Dia penyayang, setiap malam dia tidur di sebelah saya dan dia mesti memeluk lengan saya.

”Dia suka makanan kucing, anjing atau manusia. Dia berkeras untuk mencuba segalanya dan jika tidak diberi apa yang dia inginkan untuk dimakan, dia mencurinya dan melarikan diri,” kata Swati saat bercerita mengenai teletah Aslan.

Gambar: Metro UK

Swati yang berusia 41 tahun sebelum itu mendapat panggilan bahawa terdapat 14 anak kucing yang diselamatkan dari sebuah tempat.

”Semasa saya mengambil anak kucing baharu itu, saya diberitahu ada anak kucing kecil dengan empat telinga.

‘Saya tidak pernah melihat kucing berkepala empat. Saya tidak tahu mengenai mutasi ini.

“Saya terkejut. Saya melihatnya dan menjerit serta terus memberinya pelukan dan ciuman. Ia sangat kecil sebesar saiz tangan saya. Tetapi saya tahu dia akan pulang bersama saya,” kata Swati yang turut menyifatkan bahawa Aslan merupakan cinta pandnag pertamanya.

Gambar: Metro UK

Menurut Swati, telinga tambahan yang dimiliki oleh Aslan itu tidak memberi banyak kesan kepada haiwan itu. Namun, dia mempunyai sedikit masalah untuk makan. Aslan dikatakan tidak tahu untuk makan dengan sempurna.

“Dia berusaha untuk makan tapi dia menjilat makanan keringnya, makanan basah juga dia menggunakan lidahnya dan akhirnya dia menolak bekas makanan itu,” kata Swati.

Keistimewaan yang dimiliki oleh Aslan ditambah dengan sifatnya yang comel, suka bermain dan lincah ternyata telah menarik ribuan pengikut di media sosial.

Tonton video comel Aslan di bawah:

Sumber: Metro UK

"