Siakap Keli

(Video) Wasiat Arwah Ibu Tertunai, Kuasa Viral Temukan Semula Adik Kembar Terpisah 15 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umpama air yang dicincang tidak akan putus, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan hubungan di antara adik beradik. Walau terpisah jauh, pertalian darah tetap menjadi pengikat hubungan.

Seperti kisah empat beradik ini yang bertemu semula dengan anak ketiga daripada mereka, setelah terputus hubungan hampir 15 tahun lalu sejak dia diserahkan kepada keluarga angkat.

Namun apa yang menyentuh hati, pertemuan antara adik dan abang itu berlaku setelah ibu mereka meninggal dunia baru-baru ini.

Gambar: Tiktok @deadly.heart33

Menerusi perkongsian oleh abang kedua yang dikenali sebagai Afeeq, dia bertindak mencari semula adik kembarnya demi menunaikan amanah arwah ibu.

”Kami ada empat beradik, aku yang nombor dua. Arwah mama ada lahirkan kembar di bawah aku, seorang mama aku jaga, seorang lagi bagi dekat orang terus tak contact sampai hari ni dah 15 tahun.

”Arwah mama amanahkan kami suruh cari kembar adik kami, segala wasiat mama tak lupa nama dia,” tulis Afeeq di ruangan video TikTok.

Video yang dimuatnaik menggunakan akaun @deadly.heart33 itu telah meraih 1.6 juta tontonan oleh warganet setelah Afeeq meminta bantuan ramai untuk mengesan semula adiknya yang dikenali sebagai Haziq Iskandar.

Tolong sempurnakan amanah arwah mama kandung saya..

Gambar: Tiktok @deadly.heart33
Gambar: Tiktok @deadly.heart33
@deadly.heart33

Arwah pernah bgitahu dia mungkin di Pahang sekarang ni🙏🏻. Klau ada yg kenal tlg contact saya #fyp

♬ Tujh Mein Rab Dikhta Hai – Shahrukh Khan

Hasil kuasa viral di media sosial, siapa menyangka mereka berjaya disatukan semula dalam tempoh 24 jam. Adik ketiganya itu tampil menghubungi Afeeq di ruangan direct message (DM) memberitahu bahawa dia adalah individu yang dicari oleh mereka selama ini.

Gambar: Tiktok @deadly.heart33
Gambar: Tiktok @deadly.heart33

Namun, di sebalik pertemuan itu, Afeeq memberitahu adiknya merasa sedih dan terkilan kerana dia tidak dapat menatap wajah ibu kandungnya buat kali terakhir.

Gambar: Tiktok @deadly.heart33
@deadly.heart33

Reply to @suhailisamsudin98 Alhamdulillah berkat usaha dan doa,tak lupa juga kpd semua warga tiktok yg prihatin🙏🏻❤️tq #fyp

♬ original sound – Gbye – 𝕯𝕷𝕿 𝖆𝖋𝖊𝖊𝖖 🔱

Meninjau ke ruangan komen, Afeeq berterima kasih di atas pertolongan dan keprihatinan warganet yang telah membantu menularkan video tersebut sehingga mereka berjaya disatukan semula.

“Korang semua memang utusan Allah yang hebat”

“Tahniah la warga Tiktok sebab anda semua prihatin…”

“Macam dalam drama…”

“Gugur air mata aku sebagai seorang ibu…”

“Tanpa kita sedar, Tiktok juga merupakan tempat pertemuan.”

Sumber: Tiktok @deadly.heart33 

"