Siakap Keli
Gambar: Google

”Perlu Dilakukan Pada Masa Yang Sama,” Ini Cara Betul Guna ‘Pulse Oximeter’ Di Rumah

Baru-baru ini kita digalakkan untuk memiliki pulse oximeter sendiri di rumah bagi mengukur kadar oksigen dalam darah. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk menggunakan pulse oximeter dengan betul?

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), pengukuran dan hasil bacaan pada pulse oximeter perlu dicatat tiga kali sehari dan mesti dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Cara penggunaannya mudah saja. Pertama, tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu (jika memakainya) dan panaskan tangan dengan cara menggosokkan kedua-dua belah tapak tangan jika berasa sejuk.

Seterusnya, berehat sebentar sekurang-kurangnya limat minit sebelum melakukan pengukuran. Kemudian, letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

Hidupkan pulse oximeter dan pasang di jari tengah (hantu) atau telunjuk pada tangan yang berada di dada anda. Kekalkan posisi tangan anda dengan pulse oximeter sekurang-kurangnya satu minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.

Akhir sekali, anda hanya perlu mencatatkan bacaan tertinggi sahaja jika bacaan tidak berubah selama lima saat. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.