Siakap Keli

‘Terbakar’ Cemburu, Viral Rakaman Wanita Tikam Kekasih ‘Gelap’ Suami Dengan Pisau Dapur

Kerana marah dan cemburu, seorang wanita di Indonesia dilaporkan telah menikam teman wanita suaminya.

Menurut Kompas TV, wanita berusia 34 tahun itu bertindak sedemikan kerana mengesyaki bahawa mangsa mempunyai hubungan yang terlarang dengan suaminya.

Kejadian tersebut telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang di perkarangan sebuah klinik kecantikan yang terletak di Jalan Boulevard, Panakkukang, Sulawesi Selatan.

Difahamkan, mangsa yang juga merupakan seorang pelajar universiti telah ditikam di bahagian paha, pinggang dan bahu dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Islam Makassar Faisal.

Sebelum itu, wanita tersebut dipercayai telah mengejar mangsa dan berlaku pertengkaran di antara mereka berdua sehingga menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.

Dengan kemarahan yang membuak-buak, wanita itu juga telah menarik rambut mangsa dan menikamnya dengan menggunakan pisau dapur.

Polis yang segera tiba di tempat kejadian telah menangkap wanita tersebut dan kini berada dalam tahanan polis.

“Suspek mengakui telah menikam mangsa kerana terlalu beremosi, dia mengesyaki bahawa mangsa menjadi orang ketiga dalam rumahtangganya,” kata pegawai polis, Andi Ali Surya.

Tambahnya lagi, suspek akan didakwa di mahkamah dan mungkin dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun.

Sumber: Kompas TV, Liputan6

Sofea

There's always another side to every story