Siakap Keli

TERKINI: 17,786 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Lima Negeri Catat Kes Empat Angka

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 17,786 kes positif Covid-19 baharu setakat Sabtu (31 Julai).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini terus meningkat kepada 1,113,272 kes.

Berdasarkan statistik, lima negeri mencatatkan kes empat angka di mana Selangor kekal tertinggi dengan  6,400 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 1,962 kes, Kedah 1,389 kes, Johor 1,144 kes, Sabah 1,035 kes dan lain-lain lagi.

Manakala, hanya dua negeri mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan masing-masing 16 dan 9 kes.

Maklumat mengenai kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.

Sumber: Twitter Noor Hisham Abdullah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'