Siakap Keli

(Video) Meremang, Satu Apartment Gamat, Bersorak Rai Kemenangan Beregu Badminton Negara

Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga sebagai ‘ejen’ perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Rakyat di Malaysia baru sahaja meraikan kemenangan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo apabila pasangan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya memperoleh gangsa dalam aksi penentuan tempat ketiga sebentar tadi.

Walaupun, negara sedang mengharungi cabaran pandemik Covid-19 tetapi sokongan dan semangat rakyat Malaysia tetap kukuh untuk para atlet di sana. Lebih-lebih lagi menerusi satu video yang tular di laman Twitter menunjukkan satu sorakan yang penuh ‘semangat’ sejurus kemenangan diumumkan.

Apa yang menarik perhatian ramai, bukan satu rumah sahaja yang bersorak tetapi boleh dikatakan satu ‘apartment’ sorak kemenangan tersebut.

“Menanggg! Inilah jiran-jiran meraikan, ada semua bangsa. Syabas Malaysia…”

Menjengah di ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet rindu suasana tersebut sebelum pandemik di mana boleh bersorak bersama-sama di kedai mamak atau bersama keluarga di kampung.

“Sukan menyatukan rakyat”

“aaa rindu vibes dekat stadium/ mamak”

“Meremang bulu romaaaa…”

“Inilah bukti perpaduan kita rakyat Malaysia”

“Bila dalam rumah semangat bersorak”

 

Sumber: Twitter Pjoe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang