Siakap Keli
Gambar: AFP

Atlet Lompat Kijang Venezuela, Yulimar Rojas Catat Rekod Olimpik Sebelum Pecah Rekod Dunia

Memegang gelaran juara dunia dalam acara lompat kijang sebanyak dua kali, Yulimar Rojas sekali lagi menempa nama apabila berjaya memecahkan rekod dunia di temasya Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Rojas melakukan lompatan sejauh 15.67 meter di kejohanan Olimpik Tokyo, sekaligus membenamkan rekod terdahulu 15.50 meter Inessa Kravets dari Ukrain pada tahun 1995. Ia merupakan satu peristiwa bersejarah apabila Rojas menjadi yang pertama mencatat rekod dunia dalam sukan olahraga di Olimpik Tokyo.

Rojas terlebih dahulu memecahkan rekod Olimpik pada lompatan pertama dan pada lompatan terakhir beliau memecahkan rekod dunia dengan lompatan sejauh 15.67 sekali gus memperbaharui rekod Olimpik yang  dicatatkan pada lompatan pertama.

Rojas jauh mendahului atlet Portugal, Patricia Mamona yang terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak, dengan lompatan sejauh 15.01 meter.

Manakala Sepanyol menduduki tempat ketiga, hasil lompatan 14.87 meter oleh Ana Peleteiro, yang turut memecahkan rekod nasional. Peleteiro mampu menarik nafas lega apabila lompatannya menyambar gangsa atlet Jamaica, Shanieka Ricketts dengan perbezaan tiga centimeter.

Rojas memegang gelaran juara dunia pada tahun 2017 dan 2019, manakala berjaya meraih pingat perak di kejohanan Olimpik Rio 2016.

Sumber: AFP

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.