Vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang akan bermula pada 2 Ogos ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan. Kaedah ‘walk-in’ secara ‘first-come-first-serve’ ini akan bermula jam 2 petang esok.
Walau bagaimanapun, orang ramai juga perlu menepati tarikh yang ditetapkan seperti bagi yang berumur 40 tahun ke atas atau komorbid akan bermula 2 sehingga 4 Ogos manakala untuk golongan berumur 18 tahun ke atas, akan bermula 5 sehingga 22 Ogos.
Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk maklumat yang dikongsikan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di bawah.

Selain itu, orang ramai juga perlu mengenal pasti PPV yang tersenarai untuk ‘walk in’ di Lembah Klang bermula esok.
Sumber: JKJ

Sumber: JKJAV