Siakap Keli
Foto: Astro Arena

Kejutan Lagi Di Tokyo, Tiada Wakil Jamaica Di Pentas Akhir 100 Meter Lelaki Kali Ini

Satu lagi kejutan berlaku di Olimpik Tokyo, apabila tiada wakil dari Jamaica untuk perlumbaan akhir acara 100 meter lelaki kali ini. Kesemua wakil dari Jamaica tersingkir di peringkat separuh akhir.

Kali terakhir tiada wakil Jamaica di pentas akhir 100 meter lelaki di Olimpik ialah pada temasya Olimpik Sydney 2000. Satu dunia tahu, sejak Olimpik 2004 di Athens, Jamaica sentiasa mempunyai wakil di acara ribon biru ini.

Siapa tak kenal dengan lagenda Usain Bolt, dan jaguh lumba lari dunia ini menguasai pentas Olimpik dalam acara 100 meter sejak Olimpik Beijing 2008 sehingga Olimpik Rio 2016.

Rekod dunia 9.58 saat dan rekod Olimpik 9.63 saat masih lagi menjadi milik Usain Bolt sehingga kini (sebelum final Olimpik Tokyo). Adakah ada pelari akan memecahkan rekod lagenda ini? Nantikan aksi akhirnya malam ini.

Berikut adalah senarai peserta yang layak ke perlumbaan akhir malam ini. Peserta dari China, Su Bingtian turut berjaya menempatkan diri di pentas akhir dengan catatan terpantas ketika separuh akhir.

 

Sumber: Astro Arena

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.