Hari ini, kita menerima khabar gembira apabila penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah menamatkan saingan akhir bagi acara tiga meter papan anjal individu. Walaupun tak berjaya membawa pulang apa-apa pingat, namun pencapaian Nur Dhabitah di temasya Olimpik 2020 ini turut membanggakan rakyat Malaysia.
Nur Dhabitah mengumpul 326.15 mata dan menduduki tempat keempat dalam acara tersebut. Manakala pingat emas menjadi milik penerjun China, Shi Tingmao dengan mata terkumpul 383.50, diikuti rakan senegara di tempat kedua, dan penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer di tempat ketiga.
Pun begitu, tak sedikit warga net yang keliru dengan cara pengiraan markah dalam sukan terjun ini. Bagi yang tertanya-tanya macam mana pengadil-pengadil kira mata dalam acara terjun papan anjal, video yang dikongsikan @refereekampung ni mungkin dapat membantu.
Menjawab persoalan di ruangan komen tentang isu ‘bias’, @refereekampung menerangkan yang ketujuh-tujuh juri bertugas mengira markah datang dari tujuh negara berbeza. Malah pemarkahan diambil berdasarkan nilai median bagi mengelakkan isu ‘bias’ atau berat sebelah.
Para juri akan memberi markah mengikut skor 0 (gagal) hingga 10 (sangat cemerlang). Pun begitu, terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pemberian skor ini termasuk posisi mula, pelepasan, gaya terjun, dan pendaratan.
@refereekampung SUKAN TERJUN #olympics2020 #kontinjenmalaysia #malaysiaolympicteam
“Lepas ni boleh kira sendiri”
Menjengah ke ruangan komen, warga net merasakan info ni sangat berguna. Lepas ni takda la terpinga-pinga depan tv bila tengok acara sukan terjun.
Sumber: TikTok @refereekampung, Britannica