Siakap Keli

Padah Memiliki Ekor Pari, Tukang Rumah Dijatuhkan Hukuman Penjara 5 Tahun Dan Sebatan

Pasir Mas, 1 Ogos – Seorang tukang rumah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas tuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu ekor pari pada 26 Julai lalu.

Lelaki yang berusia 26 tahun ini mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan.

Memetik daripada laporan Sinar Harian tentang fakta kes pada 26 Jualai lalu tepat jam 2 petang, satu serbuan dilakukan di belakang bengkel lori di Kampung Sat, Tanah Merah. Sebuah kenderaan juga ditemui di kawasan tersebut yang didakwa dinaiki oleh pesalah dan individu yang lain.

Sejurus menyedari kehadiran polis di tempat berkenaan, lelaki tersebut melarikan diri ke kawasan semak berhampiran tepi Sungai Kelantan namun berjaya diberkas di lokasi yang sama.

Pemeriksaan awal pada suspek menemui satu ekor pari sepanjang 114 sentimeter di dalam poket seluarnya dan tertuduh juga gagal mengemukakakn maksud yang sah memiliki senjata tersebut di kawasan awam.

Untuk pengetahuan umum, ekor pari merupakan satu senjata berbahaya yang mana jika digunakan akan menyebabkan kecederaan.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.