Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih 20 laporan polis mengenai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan semalam.
Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Negara, pihak polis telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai.
Dalam pada itu, kenyataan itu juga mengatakan bahawa penganjur, peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ jelas telah melanggar SOP PPN.
Pemantauan PDRM semasa perhimpunan berkenaan telah mengesan insiden-insiden di mana penganjur dan peserta perhimpunan secara jelas telah melanggar syarat-syarat SOP PPN serta peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit )Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021 yang sedang berkuat kuasa.
Seramai 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil mengambil keterangan untuk membantu siasatan.
Perhimpunan Dataran Merdeka : Seramai 29 individu dikenal pasti, akan dipanggil ambil keterangan bantu siasatan – KPN@PDRMsia pic.twitter.com/AU1btMKZre
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 1, 2021