Siakap Keli
Foto: AFP

Sekali Lagi Sejarah Tercipta, 2 Atlet Lompat Tinggi Ini Berkongsi Pingat Emas Olimpik, Ini Sebabnya

Atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah pingat emas Olimpik dalam gelaran dunianya ketika berkongsi kejuaraan dengan Gianmarco Tamberi dari Itali dalam acara lompat tinggi lelaki sebentar tadi.

Barshim dan Tamberi mencatat lompatan terbaik 2.37 meter (m) semetera Maksim Nedesekau dari Belarus juga berjaya melakukan lompatan pada ketinggian tersebut sekaligus memecah rekod kebangsaan negaranya.

Bagaimanapun, Nadesekau terlepas pingat emas susulan daripada kegagalan pada lompatan awal.

Ini merupakan satu lagi sejarah dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini. Perkara ini bukanlah asing dalam temasya Olimpik apabila pada edisi Olimpik Rio, Simone Manuel dari Amerika Syarikat dan Penny Oleksiak dari Kanada berkongsi pingat emas dalam acara renang gaya bebas 100 meter.

Sumber: AFP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.