Aksi penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri sebentar tadi telah menarik perhatian ramai orang yang mengharapkan sebarang pingat yang boleh diperolehinya. Walau bagaimanapun, penerjun itu telah menamatkan saingan acara 3 meter papan anjal wanita individu akhir di tempat yang ke-empat.
Menyedari kedudukan tersebut juga satu kedudukan yang terbaik, warganet nampaknya membanjiri komen-komen positif dan juga berbangga dengan penerjun itu. Nur Dhabitah Sabri mengumpulkan 326.15 mata.
Dalam aksinya yang mengagumkan, ramai juga yang berpendapat bahawa atlet ini sentiasa positif ekoran senyuman sentiasa ‘melekat’ di wajahnya, walaupun ketika berenang.
Dia juga dikatakan sentiasa nampak tenang dan menikmati persembahannya pada hari ini.
Senyuman yang menang di hati penyokong Malaysia. 😍
Tak lekang senyuman dia sepanjang acara #Diving sebentar tadi. Nampak dia tenang & enjoy dengan aksi dia hari ini. Berapa RT untuk Dhabitah anda nak kasi? 😁 #Tokyo2020 #KitaJagaKita #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/CqaKMAe4MT
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 1, 2021
Don't cry Dhabitah 🥺 your smile is way more precious than just a medal 💪🏻🏅. You won Malaysians' heart ❤️. Keep smiling and comeback stronger !!! Congrats for being the 4th best in the world 🥺❤️💪🏻 !!! pic.twitter.com/p8CV9FV81i
— cahid⁷ (@cahidx_) August 1, 2021
Sumber: Bernama, Twitter