Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Kontraktor Dilapor Robohkan Binaan Guna ‘Excavator’, Dakwa Pemaju Hutang Dengannya Lebih RM24 Juta

Pelbagai perkara yang terjadi sekiranya ada hutang yang belum selesai kan? Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang pembangun atau kontraktor dilaporkan telah menghancurkan beberapa binaan pada bangunan baru dengan mesin penggali setelah didakwa tidak dibayar oleh pemaju.

Dalam rakaman yang dikongsikan dalam talian, mesin Volvo kuning itu dilihat sedang meruntuhkan sekurang-kurangnya tiga balkoni dan menghancurkan beberapa tingkap dan pintu kaca, tulis Daily Mail.

Kontraktor yang tidak dikenali itu melakukan perkara tersebut dipercayai kerana bertengkar dengan pemaju yang didakwa berhutang sebanyak £4.2million (RM24,645,204). Dalam pada itu, kerosakan daripada ‘aktiviti’ berkenaan dilaporkan bernilai £ 425,000 (RM2,493,859) dan ianya dirakam oleh sebuah keluarga pada sekitar 7.30 malam pada hari Rabu di Blumberg, Jerman Selatan.

Melihat kepada situasi itu, timbul ketakutan sekiranya tindakan itu boleh merosakkan bekas gas bangunan itu sehingga memaksa polis mengepung kawasan itu sebagai langkah keselamatan. Walaupun pada awalnya melarikan diri, kontraktor itu dilapor kemudiannya menyerahkan diri kepada polis.

Mujurlah, tiada yan berada di dalam bangunan tersebut ketika itu dan tiada kecederaan yang dilaporkan.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.