Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hati-Hati Dengan Penipuan ‘Cash On Delivery’, Jangan Terima Bungkusan Yang Anda Tak Tahu Dari Mana

Sehingga hari ini, banyak kita dengar kes penipuan atau scam yang dilaporkan. Pihak tak bertanggungjawab ini menggunakan seribu satu cara untuk menipu dan merugikan orang lain.

Antara yang kita selalu dengar adalah penipuan melibatkan transaksi atas talian, di mana mangsa secara tak sengaja memberikan maklumat peribadi yang diperlukan scammer. Sedar tak sedar, duit dalam akaun bank lesap.

Tak hanya menggunakan taktik penipuan atas talian, malah scammer juga turut menjalankan kegiatan tak bertanggungjawab ini secara bersemuka.

Melalui laman sosial rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), kita turut dinasihatkan agar berwaspada dengan penipuan secara cash on delivery.

Scammer biasanya akan menggunakan modus operandi seperti berikut:

  1. Scammer datang memberi bungkusan barang kepada mangsa
  2. Penerima diminta membayar kepada penghantar secara cash on delivery
  3. Bungkusan diserahkan setelah mangsa membuat pembayaran yang biasanya agak tinggi dan mahal
  4. Mangsa hanya menyedari tertipu bila membuka bungkusan yang kosong

Orang awam dinasihatkan agar menolak bungkusan yang dihantar jika tak pasti dengan pihak penghantarnya. Sentiasa berwaspada dan jangan tertipu!

Sumber: KPDNHEP

Eyla Azri