Siakap Keli
Foto: Kosmo

Nenek 64 Tahun Dan Cucu Ditahan, Disyaki Terlibat Dengan Sindiket Edar Dadah

Tiga suspek termasuk seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah yang. bernilai hampir RM85,000 minggu lalu.

Memetik daripada laporan Kosmo, warga emas dan cucunya yang berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 6.45 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Bayu oleh sepasukan pegawai dan anggota Siasatan Jenayah narkotik (JSJN) Melaka.

Menurut Ketua JSJN Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid, serbuan pertama dilakukan di kawasan perumahan yang sama kira -kira pukul 6 pagi dan seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas polis menjumpai dadah bernilai RM86,000 di premis tersebut.

Tambahnya, hasil daripada pemeriksaan di lokasi polis menjumpai 18 bungkus plastik lutsinar disyaki syabu seberat 2.2 kilogram dan enam paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 553 gram berjumlah RM86,000.

Susulan tangkapan itu, pihak polis juga memberkas dua lagi suspek dipercayai rakan sindiket yang merupakan seorang wanita warga emas dan cucu lelakinya di kawasan sama kira-kira 45 minit kemudian.

Jelasnya lagi, kesemua dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di kawasan tempatan dan boleh menampung kegunaan kepada lebih 6,000 penagih.

Zulkiflee berkata, hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap suspek pertama didapati positif dadah jenis methamphetamin, selain turut mempunyai dua rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.

“Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah, manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah.”

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas barang kemas dan sebuah kereta serta motosikal berjumlah keseluruhan RM24,782.11 yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran dadah ini.

 

Sumber: Kosmo

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.