Siakap Keli
Gambar hiasan via CGTN

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Fenomena Hujan Meteor Perseids Pada Malam 12 Ogos Ini

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena Hujan meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai sehingga 24 ogos ini.

Walau bagaimanapun, Hujan Meteor Perseids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir 2 meteor seminit pada Khamis 12 Ogos ini jam 9 malam sehingga menjelang awal pagi 13 Ogos 2021.

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Hujan Meteor Perseids pada waktu malam dari 17 Julai hingga 24 Ogos 2021.
Hujan Meteor Perseids ini akan mencapai maksimum dengan kadar 110 meteor sejam atau hampir 2 meteor seminit pada Khamis 12 Ogos 2021, jam 09:00 malam sehingga menjelang awal pagi 13 Ogos 2021.

Rakyat Malaysia yang berniat untuk melihat fenomena ini perlu ke kawasan yang gelap dan jauh dari pencemaran cahaya. Pusat pancaran meteor-meteor tersebut datangnya dari buruj Perseus yang terletak di langit sebelah Utara.

Gambar: Planetarium Negara

Sumber: Planetarium Negara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa