Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Ahli-Ahli Parlimen dan peserta yang terlibat dalam perarakan menuju ke Bangunan Parlimen pada hari ini, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur.
Difahamkan, Ahli-Ahli Parlimen dan peserta yang terlibat dipanggil untuk diambil keterangan mengenai pergerakan pada sebelah pagi tadi.
Polis akan panggil Ahli-Ahli Parlimen, peserta terlibat perarakan menuju ke Bangunan Parlimen hari ini, untuk diambil keterangan – Ketua Polis KL pic.twitter.com/KJ9y750Xd7
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) August 2, 2021
Dalam pada itu, 11 individu tampil memberi keterangan membantu siasatan berhubung Perhimpunan ‘Keluar & Lawan’ pada Sabtu lepas. Polis juga sedang mengesan 47 invidu berdasarkan rakaman video dan gambar mereka.
Sumber: Bernama Radio