Jutaan penduduk China diarahkan berkurung di rumah masing-masing bermula hari ini apabila jangkitan COVID-19 secara besar-besaran dikesan di negara tersebut.
China melaporkan 55 kes baharu, termasuk tujuh kes di Wuhan disyaki angkara varian Delta yang tersebar dengan sangat cepat. Setakat ini, diperkirakan 20 buah bandar di China telah tertular, termasuk Beijing.
Lebih 1.5 juta penduduk pusat bandar Zhuhou, wilayah Hunan dikenakan perintah berkurung selama tiga hari, sementara ujian saringan dan vaksinasi masih giat dijalankan.
Beijing sebelumnya telah berjaya melakar kejayaan kes sifar, semasa wabak ini mula-mula tersebar di Wuhan, dua tahun lalu.
Kes jangkitan terbaru melibatkan kluster Nanjing, di mana sembilan pekerja pembersihan di lapangan terbang antarabangsa disahkan positif 20 Julai lalu.
Manakala, 360 kes tempatan dilaporkan sejak dua minggu kebelakangan ini. Orang awam dinasihatkan untuk tidak meninggalkan Beijing sekiranya tidak berkeperluan.
Hari ini, kes baharu melibatkan lokasi pelancongan popular di Hainan turut dilaporkan, termasuk kawasan yang terkesan dengan banjir buruk di Henan.
Sumber: AFP