Siakap Keli

(Video) Ada Netizen Pandang Rendah, Tan Boon Heong ‘Payung’ Semua Pingat Kejuaraan Badminton Miliknya

Sebut saja nama Tan Boon Heong sudah pasti meniti di bibir peminat sukan badminton negara. Pemain ini pernah bergabung dengan Koo Kien Keat dan ramai yang melihat mereka sebagai regu emas Malaysia.

Mereka pernah bergelar juara di Terbuka Jepun, pingat emas temasya Sukan Asia pada tahun 2006 sebelum meraih kejuaraan di All England pada tahun berikutnya.

Tidak dinafikan, pasangan beregu ini sangat popular suatu ketika dahulu pada usia mudanya. Namun, sejak kebelakangan ini ramai yang kecam dan kebanyakan daripada mereka tidak tahu latar belakang pemain badminton yang memegang rekod smash terpantas dunia ini.

Oleh itu, Tan Boon Heong dengan rendah diri menunjuk semula pingat-pingat yang pernah dimenanginya ketika bergelar pemain beregu antara terbaik  dunia di laman Tiktoknya.

@tbh77_oe

BADMINTON #oeacademy #badminton #tiktokguru

♬ nhạc nền – Mix Your Life – S P Λ C Ξ

Bagaimanapun, rata-rata warganet yang meminati bakatnya  memuji kebolehannya dan beliau merupakan salah seorang lagenda dalam dunia badminton.

“Takkan tak kenal legend badminton…”

“The best beregu ever…”

“You are one of my childhood hero”

 

Sumber: tbh77_oe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang