Siakap Keli
Gambar: @FHanaIshk & @ajegilorsh

(Video) Bagaikan ‘Magik’, Warganet Terpukau, Kongsi Keindahan Fenomena ‘Halo Matahari’ Hiasi Langit Malaysia

Satu fenomena yang dikenali sebagai ‘Halo Matahari’ dilaporkan menghiasi langit di Malaysia seperti yang dikongsikan oleh warganet di sosial media.

Keindahan gegelung cincin mengelilingi matahari itu telah memukau pandangan ramai yang begitu teruja terhadapnya. ‘Halo matahari’ terhasil apabila cahaya Matahari terbias dan terpantul apabila ia bergerak memasuki kristal ais berbentuk heksagon di dalam atmosfera.

Ia juga terhasil kerana awan cirrus yang kelihatan nipis. Awan tersebut terbentuk sangat tinggi di atmosfera dengan ketinggian lebih dari 20,000 kaki.

Warganet tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan keindahan ‘fenomena halo Matahari’ di laman sosial terutamanya di Facebook dan juga Twitter.

Berikut adalah antara gambar-gambar serta video berkenaan fenomena ini yang dikongsikan warganet di media sosial:

Sumber: Facebook, Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.