Siakap Keli

(Video) Pasir Pantai Jadi Bulat-Bulat Kecil, Rupanya Kerja Si Ketam Dan Ini Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesti korang pelik kan, setiap kali berkunjung ke pantai, pastinya kita boleh melihat berjuta-juta bebola kecil dalam lingkaran yang bercorak berbeza-beza. Ya, sebenarnya itu adalah ‘kerja’ si ketam.

Seperti satu video tular di media sosial yang menunjukkan rakaman seekor ketam yang seakan ‘menguli’ tanah sehingga menjadi bentuk bulat seperti boba menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Kenapa ketam jadikan pasir pantai seperti ‘boba’?

Bagaimanapun, seorang pengguna Tiktok, Iqbal Ahyar telah memberi penjelasan dengan situasi tersebut.

Katanya di dalam video tersebut, ketam akan makan nutrien daripada pasir pantai. Hal ini kerana, ketika air pasang akan membawa bahan organik ke tepi pantai. Di saat air surut, ketam-ketam akan keluar dari sarang dan menghisap pasir-pasir tersebut untuk dapatkan nutrisi semulajadi tersebut.

Jadi, pasir yang sudah tiada nutrisi akan dikumpul sehingga berbentuk seperti bebola dan dibuang ke belakang. Sebab itulah kita sering terlihat ‘bebola’ kecil ini di pantai.

@iqbalahyar

#stitch with @Srinuan ketam ni buat boba ke? #science #biology #TikTokGuru #mcplus

♬ original sound – Iqbal Ahyar – Iqbal Ahyar

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet telah ‘tertipu’ di mana mereka menyangka bebola pasir tersebut adalah telur dan najis ketam. Rupanya ia adalah pasir yang telah dimakan oleh ketam-ketam di pantai.

“Bulat molek pasir tuu”

“selama ni aku ingatkan najis ketam…”

“Selama bertahun tak pernah ambil tahu…”

“Selama ni ingat telur ketam, nampaknya boleh pijak lepas ni…”

 

Sumber: Iqbal Ahyar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang