Siakap Keli
Gambar: Sky News & Instagram @madewithlovebytomdaley

Viral Mengait Ketika Olimpik, Tom Daley Hadiahkan ‘Cardigan’ Kepada Atlet Malaysia, Cheong Jun Hoong

Baru-baru ini, atlet terjun Great Britain, Tom Daley tular apabila dia tertangkap kamera sedang mengait di kerusi penonton. Ketika itu, saingan akhir acara tiga meter terjun papan anjal wanita untuk temasya Olimpik 2020 sedang berlangsung.

Daley yang juga merupakan juara acara terjun 10 meter platform seirama lelaki Olimpik 2020 ini menjadikan mengait sebagai hobi. Dia turut mencipta sebuah akaun Instagram @madewithlovebytomdaley, khas untuk ‘karya-karya’ kaitannya.

Antara hasil tangan Daley yang mendapat sorotan warga net termasuk sarung pingat bermotif bendera British dan Jepun, yang dikaitnya untuk menyimpan pingat emas yang dimenangi minggu lalu.

Gambar: Instagram @madewithlovebytomdaley

Malah Daley juga pernah mengait sehelai cardigan untuk sahabat baiknya, Cheong Jun Hoong, yang merupakan atlet terjun Malaysia. Daley turut memuatnaik hasil tangannya itu di laman Instagram, bersama Jun Hoong sebagai ‘model’, Mei lalu.

Instagram @madewithlovebytomdaley

Sumber: Instagram @madewithlovebytomdaley

Eyla Azri