Siakap Keli
Foto Via Sinar Harian

9 Kenderaan Dipercayai Bawa TPM, Menteri Dan Peguam Negara Tinggalkan Kediaman PM

Sebanyak sembilan buah kenderaan dilihat masuk ke perkarangan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal malam tadi.

Kenderaan rasmi yang dipercayai membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri kabinet itu kemudian dilihat keluar dari kawasan tersebut kira-kira jam 10.30 malam.

Memetik daripada laporan Sinar, antara menteri kabinet yang dipercayai turut hadir adalah Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul dan Menteri Dlaam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dan Tmbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara individu yang dipercayai bertemu dengan Perdana Menteri.

Terdahulu, pada Isnin, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang dikatakan berhimpun di Dataran Merdeka pada awal pagi Isnin selepas gagal memasuki Parlimen.

Hal ini berlaku susulan daripada cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya semua sesi mesyuarat termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan Pilihan Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021 ditangguhkan untuk tempoh dua minggu lagi.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang