Siakap Keli
Gambar: Bernama

Awas, 9 Negeri Ini Dijangka Dilanda Hujan Lebat & Amaran Ribut Petir Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung dan juga beberapa kawasan di Sabah.

Menurut makluman di laman Twitter, terdapat 9 buah negeri dijangka mengalami amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 8 malam ini.

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang terlibat di 9 buah negeri:

Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling)

Perak (Hilir Perak dan Muallim)

Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh)

Terengganu (Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman)

Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin)

Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)

Negeri Sembilan (Jelebu)

Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan)

Sumber: MetMalaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa